mengenai kami

Perjalanan MyArRehlah

MyArRehlah adalah salah satu daripada jenis produk pembelian insurans yang ditawarkan oleh Gabungan Baiduri Sdn Bhd, dibawah jenis Insuran Pelancongan atau Perjalanan.

Bermula daripada sebuah syarikat penjualan insurans yang beroperasi seratus peratus berdasarkan operasi manual dan tenaga kerja, kami mula berjinak dengan teknologi dengan matlamat untuk menambahbaik proses kerja dan membenarkan kami mengurus lebih banyak permohonan perlindungan.

Kami mengambil langkah proaktif ini dengan penuh kecermatan sambil menjalankan operasi utama kami. 

Tidak lama kemudian, Covid-19.

norma baharu

Covid 19 adalah amat sukar.

Ancaman Covid-19 bermula, dan seluruh dunia berhenti. Kapal terbang lebih lama di darat dari di udara, sempadan ditutup, dan segala-gala perniagaan berkaitan dengan pelancongan dan perjalanan berhenti dengan mengejut. Kami pun tidak terlepas dari kesan ancaman ini.

Pantang anak Malaysia berundur.

Sewaktu ini, setelah memastikan keperluan tenaga kerja sedia ada sudah terjaga untuk jangkamasa yang selamat, dengan berbekalkan baki yang ada kami menyambung perjalanan digitalisasi kami untuk menyahut cabaran semasa dan bersedia untuk norma baharu.

Setelah beberapa ketika, platform Insuran Perjalanan MyArrehlah sudah bersedia untuk disambung semula dengan nafas baharu – siap sedia dengan 4 pembekal insurans utama di Malaysia. 

Dikala ini, fokus kami adalah untuk menyambung usaha digitalisasi kami sambil berusaha untuk menambah lebih banyak tawaran produk terutamanya perlindungan berkenaan Covid 19 – hanya yang terbaik untuk pelanggan kami.  

Prinsip MyArrehlah

Ketelusan

Fokus utama kami adalah untuk menampilakan senarai produk insurans yang berkualiti untuk membantu pelanggan kami membuat keputusan yang lebih bermanfaat.

Mudah Beli

Pengalaman pembelian yang lancar adalah faktor utama yang kami titik berat kan, usaha terkini dengan pembangunan produk atas talian dan ejen-ejen tersedia.

Mesra Niaga

Antara penyumbang utama kami adalah agensi awam dan syarikat. Oleh kerana itu, kami berupaya untuk memudahkan proses pengurusan pembelian insuran untuk perniagaan.

Perlukan perlindungan perjalanan?